e-mail add: perunika_pusat@yahoo.com

DEMI MASA

KATA KATA ALUAN YDP PERUNIKA

.

Saturday, January 16, 2010

PROSEDUR TATATERTIB EDISI KE 6

Pada 14.01.2010 satu perbincangan berkaitan PROSEDUR TATATERTIB EDISI KE 6 telah diadakan di Pejabat JHED di Crystal Plaza, Petaling Jaya. Sesi perbincanga tersebut telah dilakukan oleh pihak JHED bersama kecantuman Persatuan/Kesatuan dimana pihak JHED telah menyerahkan DERAF pindaan yang akan dilakuakan pada Prosedur Tatatertib Edisi ke5 untuk di terima pakai didalam Edisi yang ke6 kepada pihak Kecantuman Persatuan/Kesatuan TNB.

PENYERAHAN KERTAS KERJA PEMBANGUNAN KERJAYA


Pada 13.01.2010 pihak PERUNIKA telah membentang satu kertas kerja berkaitan Pembangunan Kerjaya bagi ahli-ahli kepada pihak HR. Sesi pembentangan kertas kerja tersebut telah di dengari oleh Tuan Haji Mohd Razif,Tuan Haji Sobri dan lain-lain pegawai kanan yang berkaitan dan turut disaksikan oleh pihak IRO. Didalam sesi tersebut pihak HR telah memberikan pandangan yang positif tergadap kertas kerja tersebut untuk di gunapakai.

Friday, January 8, 2010

PERTANDINGAN BADMINTON ZON TENGAH








Perlawanan badminton Zon Tengah telah di adakan di Dewan Serbaguna Lawin, Gerik Perak pada 19.12.2009. Pasukan yang mengambil bahagian adalah dari Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Perkhidmatan Korporat iaitu Tuan Hj.Muhamad Jailaini Bin Abas. Pasukan yang menjadi johan didalam pertandingan tersebut adalah pasukan Wilayah Persekutuan. Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut adalah Pengurus Besar JPKR iaitu Tuan Munawar Kabir Mohd Bin Zainal Abidin dan disertai KGN Kedah/Perlis, KGN Pulau Pinang, KGN Putra Jaya, KG Ibu Pejabat dan KG Hidro. Diakhir pertandingan, Tuan Md Jailaini Bin Abas telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan dan semua pemain.












Thursday, December 3, 2009

PENGENALAN

Blog ini ditubuhkan bagi menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada semua anggota PERUNIKA di seluruh semenanjung berkaitan perkembangan semasa tentang apa yang berlaku berkaitan persatuan mahupun aktiviti jabatan JPKR itu sendiri. Adalah diharapkan dengan tertubuhnya "Blog" ini, semua ahli mahupun individu perserongan, atau lain-laian Jabatan dapat memberi maklumat, komen atau cadangan berkaiatan anggota atau JPKR itu sendiri bagi menafaat bersama agar segala kelemahan dapat di atsai dengan segera. Segala cadangan, maklumat atau komen adalah amat-amat dialu-alu kan. Sampaikan kepada kami di perunika_pusat@yahoo.com terima kasih.